
China – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib malang yang menimpa seorang lelaki Guo Xu, 35, yang bukan sahaja kalah judi, malah turut dihumban keluar tingkap bangunan setinggi 11 tingkat selepas dia gagal membayar hutang sebanyak £6,000.
Xu, yang dalam ketakutan itu terjatuh di atas tangga dan tersepit di dalam saluran udara hingga terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba.
Menurut doktor, kedua-dua kaki Xu terpaksa dipotong selepas kehilangan banyak darah ketika tersangkut di saluran udara.
Dia juga mengalami lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.

Xu memberitahu polis, dia bersama isteri dan anak lelakinya yang berusia lima tahun datang bercuti di Zhengzhou dari Henan.
Dia kemudiannya mengunjungi bilik judi di situ dan meskipun di kampungnya dia dianggap sebagai `jaguh’ namun pemain judi yang lain di situ nyata bukan tandingannya.
Akhirnya dia kerugian £6,000 dan selepas gagal membayar hutang tersebut, pemain judi yang lain yang marah dengannya telah menariknya dan menghumban keluar tingkap.
Dalam pada itu, isterinya nyata kecewa dengan tindakan suaminya yang berjudi itu.
“Sudahlah hidup kami susah, kini kami terpaksa menggunakan simpanan yang ada untuk membayar bil perubatan.
“Bagaimana saya mahu menjaganya tanpa wang,’’ katanya.
0 komentar:
Posting Komentar